Anniversary

Daisypath Anniversary tickers

Jumaat, 24 Oktober 2014

KEHADIRAN ORANG BARU (Muhammad Emir Sufyan)

Assalammualaikum.... 
Rasanya dah lama tak buka blog dan update ape2 pun kat dalam ni.. Sebenarnya dalam tahun ni, saya tak berapa sihat dari awal tahun lagi... kenapa?... hehehe... sebenarnya, pada bulan januari lalu saya telah disahkan hamil anak ke-3.. jadi dengan keadaan yang tak berapa stabil, semua aktiviti harian tergendala... saya mengalami alahan yang teruk selama lebih kurang 6 bulan.. mabuknye ya Allah.. Tuhan je yang tau... memang tak larat lansung.. huhuhu... oklah.. pada 10 September 2014, jam 7.45pm, lahirlah seorang putera seberat 3.22kg... Alhamdulillah... seronok tak terkata... tapi baby dilahirkan dengan cara pembedahan kerana kedudukan baby yang tak stabil..tapi syukur semuanya selamat.. kami namakan dia Muhammad Emir Sufyan Bin Sukor... semalam dah cukup 44 hari saya berpantang dan hari ni saya dah merdeka.... yeaaay!!!... hehehe...
beberapa jam selepas lahir

1 bulan

44 hari




Rabu, 22 Januari 2014

Kisah Rasulullah s.a.w Dan Buah Limau


"Suatu hari Rasulullah SAW didatangi oleh seorang wanita kafir. Ketika itu baginda bersama beberapa orang sahabat. Wanita itu membawa beberapa biji buah limau sebagai hadiah untuk baginda. Cantik sungguh buahnya. Siapa yang melihat pasti terliur. Baginda menerimanya dengan senyuman gembira. Hadiah itu dimakan oleh Rasulullah SAW seulas demi seulas dengan tersenyum. 

Biasanya Rasulullah SAW akan makan bersama para sahabat, namun kali ini tidak. Tidak seulas pun limau itu diberikan kepada mereka. Rasulullah SAW terus makan. Setiap kali dengan senyuman, hinggalah habis semua limau itu. Kemudian wanita itu meminta diri untuk pulang, diiringi ucapan terima kasih dari baginda. Sahabat-sahabat agak hairan dengan sikap Rasulullah SAW itu. 

Lalu mereka bertanya. Dengan tersenyum Rasulullah SAW menjelaskan "Tahukah kamu, sebenarnya buah limau itu terlalu masam semasa saya merasainya kali pertama. Kiranya kalian turut makan bersama, saya bimbang ada di antara kalian yang akan mengenyetkan mata atau memarahi wanita tersebut. Saya bimbang hatinya akan tersinggung. Sebab tu saya habiskan semuanya." 

Begitulah akhlak Rasulullah SAW. Baginda tidak akan memperkecil-kecilkan pemberian seseorang biarpun benda yang tidak baik, dan dari orang bukan Islam pula. Wanita kafir itu pulang dengan hati yang kecewa. Mengapa? Sebenarnya dia bertujuan ingin mempermain-mainkan Rasulullah SAW dan para sahabat baginda dengan hadiah limau masam itu. Malangnya tidak berjaya. Rancangannya di'tewas'kan oleh akhlak mulia Rasulullah SAW.

Kita hendaklah menghargai pemberian orang lain walaupun pemberian tersebut bukan kesukaan kita. Ucaplah terima kasih dan terimalah dengan hati yang ikhlas dan terbuka kerana setiap pemberian adalah rezeki daripada Allah.

Sabtu, 9 November 2013

Minggu birthday mak & my hubby... (2/11 & 6/11)

Assalamualaikum... Alhamdulillah, kita dah masuk ke bulan November tahun ni... bulan yang paling bermakna pada mak dan suami tercinta sebab mereka sambut birthday pada minggu yang sama, cuma beza empat hari je... dapat jugalah belikan kek birthday mereka berdua untuk sambut birthday secara suka-suka... hehehe... :)



Selasa, 1 Oktober 2013

Selamat Hari Lahir Emil & Idzham

     Assalammualaikum... Hari ini sudah masuk bulan Oktober 2013, bermakna tinggal lagi dua bulan sahaja lagi untuk kita jejak ke tahun 2014. Cepatnya masa berlalu. Pada bulan September lepas, tidak banyak peristiwa dan kenangan manis yang dilalui. Hanya ada sambutan hari lahir anak lelaki saya Emil Safwan yang lahir pada 25hb September 2009 dan juga sepupu lelakinya yang juga merangkap teman baiknya, Idzham yang tarikh lahirnya cuma berbeza satu hari sahaja iaitu,24hb September 2007. Yang membezakan adalah tahun lahirnya sahaja. Yang seronoknya, sambutan hari lahir yang disambut pada 28hb, semua adik beradik dapat balik dan berkumpul, seperti didalam suasana Hari Raya pula. Cuma pada malam itu, kami menyambut hari lahir dengan menonton perlawanan bola sepak diantara Johor Darul Takzim dan Kelantan. Kemenangan berpihak kepada JDT iaitu 4-2. Memang sangat meriah.
     Pada 30hb pula, Emil menyambut hari lahirnya sekali lagi tetapi disambut di sekolah tadikanya di Tadika Agama Johor (TAJ). Bukan main seronok lagi kawan-kawan Emil apabila dapat makan kek hari lahir yang berbentuk SpiderMan. :)










Ahad, 25 Ogos 2013

Majlis Pertunangan Adik... Shayful & Haira

Assalamualaikum... Pada 17 Ogos yang lepas, kami sekeluarga pergi ke Pekan, Pahang untuk majlis pertunangan adik lelaki kami. Bergerak dari jam lebih kurang pukul 9 pagi dan sampai di sana pada pukul 3 petang. Perjalanan yang sangat panjang sebab ikut laluan Mersing dan banyak berhenti untuk berehat... huhuhu... Kak Ila doakan semoga perhubungan apul dan aira berkekalan hingga ke jinjang pelamin dan akhir hayat... amin... 

Sebahagian gambar-gambar yang dapat kami rakamkan ketika majlis berlangsung...











Isnin, 12 Ogos 2013

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Rasanya belum terlambat untuk Iela ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua umat Islam diseluruh dunia... Hari ini, 5 Syawal dan bermakna sudah 5 hari umat Islam menyambut Hari Raya... Sekejap saja masa berlalu... Belum puas rasanya menikmati ketupat dan rendang yang mak buat... Hehe.. Jom lihat gambar-gambar kenangan keluarga Iela... :)