Anniversary

Daisypath Anniversary tickers

Sabtu, 9 November 2013

Minggu birthday mak & my hubby... (2/11 & 6/11)

Assalamualaikum... Alhamdulillah, kita dah masuk ke bulan November tahun ni... bulan yang paling bermakna pada mak dan suami tercinta sebab mereka sambut birthday pada minggu yang sama, cuma beza empat hari je... dapat jugalah belikan kek birthday mereka berdua untuk sambut birthday secara suka-suka... hehehe... :)



Selasa, 1 Oktober 2013

Selamat Hari Lahir Emil & Idzham

     Assalammualaikum... Hari ini sudah masuk bulan Oktober 2013, bermakna tinggal lagi dua bulan sahaja lagi untuk kita jejak ke tahun 2014. Cepatnya masa berlalu. Pada bulan September lepas, tidak banyak peristiwa dan kenangan manis yang dilalui. Hanya ada sambutan hari lahir anak lelaki saya Emil Safwan yang lahir pada 25hb September 2009 dan juga sepupu lelakinya yang juga merangkap teman baiknya, Idzham yang tarikh lahirnya cuma berbeza satu hari sahaja iaitu,24hb September 2007. Yang membezakan adalah tahun lahirnya sahaja. Yang seronoknya, sambutan hari lahir yang disambut pada 28hb, semua adik beradik dapat balik dan berkumpul, seperti didalam suasana Hari Raya pula. Cuma pada malam itu, kami menyambut hari lahir dengan menonton perlawanan bola sepak diantara Johor Darul Takzim dan Kelantan. Kemenangan berpihak kepada JDT iaitu 4-2. Memang sangat meriah.
     Pada 30hb pula, Emil menyambut hari lahirnya sekali lagi tetapi disambut di sekolah tadikanya di Tadika Agama Johor (TAJ). Bukan main seronok lagi kawan-kawan Emil apabila dapat makan kek hari lahir yang berbentuk SpiderMan. :)










Ahad, 25 Ogos 2013

Majlis Pertunangan Adik... Shayful & Haira

Assalamualaikum... Pada 17 Ogos yang lepas, kami sekeluarga pergi ke Pekan, Pahang untuk majlis pertunangan adik lelaki kami. Bergerak dari jam lebih kurang pukul 9 pagi dan sampai di sana pada pukul 3 petang. Perjalanan yang sangat panjang sebab ikut laluan Mersing dan banyak berhenti untuk berehat... huhuhu... Kak Ila doakan semoga perhubungan apul dan aira berkekalan hingga ke jinjang pelamin dan akhir hayat... amin... 

Sebahagian gambar-gambar yang dapat kami rakamkan ketika majlis berlangsung...











Isnin, 12 Ogos 2013

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Rasanya belum terlambat untuk Iela ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua umat Islam diseluruh dunia... Hari ini, 5 Syawal dan bermakna sudah 5 hari umat Islam menyambut Hari Raya... Sekejap saja masa berlalu... Belum puas rasanya menikmati ketupat dan rendang yang mak buat... Hehe.. Jom lihat gambar-gambar kenangan keluarga Iela... :)





















Isnin, 29 Julai 2013

20 Ramadhan

Alhamdulillah... Hari ini sudah genap 20 ramadhan. Bermakna, tinggal lagi 10 hari kita menghadapi hari kemenangan bagi umat Islam diseluruh dunia iaitu menyambut Hari Raya Aidilfitri.... Tidak sabar rasanya... Tetapi saya berasa hairan dengan budaya Hari Raya zaman sekarang tidak seperti zaman saya kecil-kecil dahulu... Budaya ucapan Kad Raya sudah tiada lagi.. Hanya mengucapkannya di laman internet seperti facebook dan juga khidmat pesanan SMS sahaja.... Hmm.... Rindu dengan suasana Hari Raya dahulu... Memang menyeronokkan... :)

Sabtu, 27 Julai 2013

Surat memohon maaf kepada cikgu

HOTLIPS CORNER: Surat memohon maaf kepada cikgu: Di sebabkan tidak menyiapkan kerja sekolah yang diberikan oleh gurunya, seorang murid di minta untuk menulis surat memohon maaf kepada gurunya...

Isnin, 22 Julai 2013

Batu Dalam Telinga

saya nak sheare pengalaman pada sebelum masuknya bulan puasa baru-baru ni... anak bujang saya, muhammad emil safwan, 4 tahun, telah memasukkan sebiji batu kedalam telinga dia... masya'Allah.... sangat menyedihkan semasa doktor pakar ENT nak keluarkan batu dari dalam telinga dia... doktor korek telinga dia sampai berdarah selama seminggu... kesian emil... tengoklah gambar batu yang saya post... ( abaikan gambar orang yang sedang tidur dibelakang emil.... hehehe... )